Saturday, October 24, 2009

Antara isu alam sekitar yang sering berlaku di peringkat global
Penipisan Lapisan Ozon

Penipisan lapisan ozon berlaku diruang statosfera. Ozon terdiri daripada tiga molekul oksigen yang terikat diantara satu sama lain secara ikatan kovalen. Lapisan ozon mempunyai fungsi yang penting untuk menapis,menyerap,menyerak,dan memantulkan sinar lembayung matahari daripada terus terpancar ke bumi. Ozon semakin menipis disebabkan CFC dan gas halon yang dibebaskan ke udara oleh aktiviti manusia. Asap daripada industri misalnya akan menyerang dan memutuskan ikatan kovalen tiga atom oksigen tersebut. Penguraian ikatan ini akan menyebabkan lapisan ozon semakin menipis yang akhirnya membentuk lubang ozon.

Faktor-faktor penipisan ozon ialah penggunaan bahan kloroflurokarbon(CFC). Penggunaan gas CFC,terutamanya dalam industri peti sejuk,pendingin hawa,aerosol,penyembur cat,minyak wangi,foam kusyen,bantal,dan tilam serta racun serangga akan mempercepatkan penipisan lapisan ozon.

Selain itu,peningkatan kegiatan perindustrian. Akitiviti ini akan menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar. Melalui kegiatan perindustrian asap yang mengandungi gas seperti karbon dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan sulfur dioksida,akan dibebaskan ke ruang udara. Pertambahan gas ini akan menyebabkan haba terperangkap dilapisan troposfera. Oleh itu,lapisan stratosfera mengalami kekurangan bahangan bumi dan menjadi semakin sejuk. Keadaan ini menyebabkan pembentukan hablur ais yang akan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon.

Untuk tujuan pembangunan seperti pertanian,perumahan,pelancongan,tapak industri dan sebagainya telah menyebabkan banyak kawasan diteroka. Tumbuh-tumbuhan berperanan membebaskan oksigen dan menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis. Penyahutanan menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera berkurangan dan dan pembentukan ozon terjejas.

Bilangan kenderaan bermotor juga merupakan salah satu faktor utama. Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas kabon dioksida di atmosfera. Pertambahan gas beracun menyebabkan peningkatan suhu di startosfera. Keadaan ini mempengaruhi pertambahan hablur ais dan seterusnya mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon.
(d)Pulau Haba Bandar

Pulau Haba Bandar ialah kawasan bandar yang mengalami peningkatan catata suhu yang ketara berbanding kawasan luar Bandar. Pulau haba Bandar menyebabkan kawasan Bandar berkeadaan lebih kering berbanding kawasan pinggir Bandar. Proses urbanisasi,terutamanya permukaan berturap dan bersimen menyebabkan kadar larian air permukaan adalah tinggi ,manakala proses resapan oleh tanah adalah terhad.

Antara punca-punca berlakunya pulau haba bandar ialah kepadatan dan susun atur bangunan menghalang pengaliran udara panas keluar dari kawasan bandar. Pergerakan angin dihalang oleh bangunan tinggi sehingga menyebabkan pengaliran haba menjadi terhad. Susun atur bangunan yang tidak seragam mewujudkan pusaran udara panas di pusat Bandar dan menyebabkan suhu bandar terus meningkat.

Disamping itu,permukaan bandar berturap yang dipenuhi dengan lapisan tar dan simen membolehkan bahangan matahari diserap pada siang hari dan dibebaskan pada waktu malam. Oleh itu suhu Bandar pada waktu malam adalah lebih tinggi. Permukaan berturap ini juga meningkatkan larian air permukaan dan mengurangkan kadar infiltrasi oleh tanah. Keadaan ini menyebabkan kelembapan udara Bandar adalah rendah dan proses sejatan adalah kurang berkesan dalam pembentukan wap air.

Selain itu, kekurangan litupan tumbuh-tumbahan juga menyebabkan berlakunya pulau haba bandar. Kawasan bandar mengalami kekurangan tumbuh-tumbahan hijau dan litupan pokok. Tumbuhan hijau memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kelembapan udara melalui sejat peluhan. Kekurangan tumbuh-tumbuhan hijau menyebabkan proses sejat peluhan berkurangan. Selain itu,tumbuhan hijau menukarkan gas karbon dioksida kepada oksigen melalui proses fotosintesis sehingga menyebabkan haba kawasan bandar tinggi.






(e)Hujan asid

Hujan asid merujuk kepada sejumlah hujan yang turun sebagai kerpasan dan mengandungi tahap keasidan yang tinggi,nilai pH yang kurang daripada 5. Hujan asid terbentuk apabila bahan pencemar yang terampai di udara bercantum dengan wap air dalam udara dan membentuk hujan asid. Bahan pencemar yang terampai di udara ialah sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang dihasilkan oleh asap kilang perindustrian untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid biasanya terbentuk dikawasan yang mengalami kadar perindustrian yang pesat seperti di kuala lumpur,shah alam,petaling jaya,sebelah perai,bayan baru,dan senai. Keasidan hujan asid di petaling jaya dan senai dikatakan telah bertambah.

Punca kejadian hujan asid disebabakan dua faktor iaitu punca daripada kegiatan manusia dan punca semulajadi. Salah satunya adalah kegiatan perindustrian. Peningkatan kegiatan perindustrian di seluruh duina telah meningkatan kadar kejadian hujan asid. Negara-negara maju seperti amerika syarikat,jerman,perancis,dan jepun terdedah kepada hujan asid kesan daripada aktiviti perindustrian yang dijalankan dinegara tersebut. Asap kilang yang dilepaskan keudara mengandungi bahan pencemar seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. Bahan-bahan ini akan bercampur dengan wap air lalu membentuk kerpasan dan turun sebagai hujan asid.

Selain itu,berpunca daripada pembakaran bahan api fosil. Gas sulfur dioksida secara globalnya telah menyebabkan berlakunya pemendapan asid. Punca utama sulfur adalah pembakaran bahan api fosil di kilang khasnya arang batu yang mengandungi gas sulfur dioksida. Pembakaran bahan api fosil ini akn melepaskan gas nitrogen dalam bentuk oksida nitrik ke atmosfera. Stesen jana kuasa elektrik menjalankan pembakaran bahan api fosil seperti arang batu,petroleum dan gas asli sebagai bahan bakar. Pembakaran arang batu yang bermutu rendah akan menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.

Proses peleburan bijih timah logam juga akan menyebabkan berlakunya hujan asid. Peleburan terutamanya peleburan timah dan kuprum menghasilkan banyak sulfur dioksida. Hal ini demikian kerana setiap tan kuprum yang dileburkan akan membebaskan sebanyak dua tan sulfur dioksida ke atmosfera. Gas ini kemudiannya bertindak balas dengan air hujan bagi membentuk hujan asid.

Selain itu, asap kenderaan bermotor juga menyebabkan hujan asid terbentuk. Jumlah kenderaan yang meningkat setiap tahun mendorong berlakunya pertambahan hujan asid dengan lebih banyak lagi. Pembebasan gas hidrokarbon melalui eksoz menyebabkan kandungan bahan pencemar dalam udara adalah tinggi. Jumlah kenderaan yang tinggi tertumpu dibandar raya utama seperti Berlin,Tokyo,Mexico City,dan lain-lain. Di Malaysia,bandar raya johor bharu,kuala lumpur,ipoh dan kuching merupakan kawasan yang terdedah kepada hujan asid. Gas yang terbebas bergabung dengan air hujan lalu membentuk hujan asid.

Kawasan bandar besar mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Maka keadaan ini menyebabkan kadar pembuangan sampah juga tinggi .hal ini akan mendorong kepada pembakaran terbuka. Jumlah bahan buangan yang banyak ini menyebabkan jumlah sampah sarap juga tinggi. Pembakaran terbuka menyebabkan gas-gas beracun seperti sulfur dioksida,karbon monoksida, dan bahan-bahan pencemar lain yang terampai di udara sebagai partikulat terampai bertindak balas dengan wap air lalu membentuk hujan asid.














(f)Bencana alam

Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan penduduknya. Negara kita memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan kerana pelbagai faktor yang mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketiak bumi dikatakan sedang mengalami perubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini. Sesungguhnya, ada banyak faktor yang mendorong keadaan ini dan ada banyak langkah yang boleh diambil untuk membendungnya daripada terus berlaku. Bencana alam adalah bencana yang diakibatkan oleh gejala alam. Sebenarnya gejala alam merupakan gejala yang sangat alamiah dan biasa terjadi pada bumi. Namun, hanya ketika gejala alam tersebut melanda manusia (nyawa) dan segala produk budidayanya (kepemilikan, harta dan benda), kita baru dapat menyebutnya sebagai bencana.
Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahan hutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung atau penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah dipantau dengan lebih teliti oleh pihak kerajaan.

Antara contoh-contoh bencana alam
1. Gunung berapi.
Letusan gunung berapi terjadi kerana gejala vulkanisme. Iatu peristiwa yang berhubungan dengan naiknya magma dari dalam perut bumi.
Sebelum gunung berapi meletus, biasanya terdapat tanda-tanda sebagai berikut :
• suhu sekitar kawah naik
• sumber air banyak yang mengering
• sering terasa adanya gempa bumi (vulkanik)
• binatang yang ada di atas gunung tersebut banyak yang berpindah menuruni lereng karena terasa panas
• sering terdengar suara gemuruh dari dalam gunung
• Bila ada tanda-tanda gunung berapi akan meletus, ada beberapa antisipasi (usaha)untuk mengurangkan bahaya dari bencana tersebut, antara lain:
i. membuat terowongan-terowongan air pada kepundan (kawah) yang berdanau. Contohnya: terowongan di Gunung Kelud
ii. menyebarkan informasi dan memberi peringatan diri dari hasil pemantauan pos-pos pengamatan gunung berapi.
iii. Mengasingkan penduduk yang bertempat tinggal di lereng-lereng gunung berapi yang akan meletus.
2. Gempa bumi
Gempa bumi adalah gejala pelepasan energi berupa gelombang yang menjalar ke permukaan bumi akibat adanya gangguan di kerak bumi (patah, runtuh, atau hancur).
Gempa bumi merupakan bencana alam yang sering melanda wilayah Indonesia, kira-kira 400 kali dalam setahun. Hal ini terjadi karena Indonesia dilalui oleh dua lempeng (sabuk) gempa bumi, yaitu lempeng Mediterania (Alpen-Himalaya) dan lempeng Pasifik.
Sampai sekarang manusia belum dapat meramalkan bila suatu gempa akan terjadi. Besar kecilnya malapetaka yang terjadi sangat tergantung pada kekuatan (magnitudo) gempa itu sendiri serta kondisi daerah yang terkena gempa itu. Alat pengukur gempa bumi disebut seismograf, yang dinyatakan dalam skala Richter.
Antisipasi yang harus dilakukan bagi masyarakat adalah apa dan bagaimana cara menghadapi kejadian gempa, pada saat dan sesudah gempa terjadi. Beberapa saran dalam menghadapi kejadian gempa adalah sebagai berikut:
Sebelum terjadi gempa
• Mengetahui secara teliti jalan-jalan keluar masuk dalam keadaan darurat di mana pun kita berada. Ingat gempa dapat terjadi sewaktu-waktu.
• Meletakkan barang-barang yang berat di tempat yang stabil dan tidak tergantung.
• Matikan segera lampu, kompor minyak atau gas serta listrik agar terhindar dari bahaya kebakaran.
Saat terjadi gempa
• Jika berada di dalam ruangan: diamlah sejenak, jangan panik dan segeralah keluar dari bangunan. Secepatnya mencari perlindungan di bawah meja atau di dekat pintu. Jauhi tempat-tempat yang mungkin mengakibatkan luka seperti kaca, pipa gas atau benda-benda tergantung yang mungkin akan jatuh menimpa.
• Jika berada di luar rumah: tinggallah atau carilah tempat yang bebas dari bangunan-bangunan, pohon atau dinding. Jangan memasuki bangunan meskipun getaran gempa sudah berhenti karena tidak mustahil runtuhan bangunan masih dapat terjadi.
• Jika berada di tengah keramaian: janganlah turut berdesak-desakan mencari jalan keluar, meskipun orang-orang yang panik mempunyai keinginan yang sama. Carilah tempat yang tidak akan kejatuhan runtuhan.
• Jika berada dalam bangunan tinggi: secepatnya mencari perlindungan di bawah meja dan jauhilah jendela atau dinding luar bangunan. Tetaplah berada di lantai di mana kamu berada ketika gempa terjadi, dan jangan gunakan elevator atau lift yang ada.
• Jika sedang mengendarai kendaraan: hentikan kendaraan kamu dan tetaplah berada di dalam mobil dan pinggirkanlah mobil kamu. Jangan berhenti di atas jembatan, atau di bawah jalan layang. Jika gempa sudah berhenti, janganlah langsung melintasi jalan layang atau jembatan yang membentang, sebelum dipastikan kondisinya aman.


Setelah terjadi gempa
• Tetap menggunakan alas kaki untuk menghindari pecahan-pecahan kaca atau bahan-bahan yang merusak kaki.
• Periksalah apakah kamu mendapat luka yang memerlukan perawatan segera.
• Periksalah aliran/pipa gas yang ada apakah terjadi kebocoran. Jika tercium bau gas usahakan segera menutup sumbernya dan jangan sekali-kali menyalakan api dan merokok.
• Periksalah kerusakan yang mungkin terjadi pada bangunan kamu.
• Dengarkan informasi melalui televisi, radio, telepon yang biasanya disiarkan oleh pemerintah, bila hal ini memungkinkan.
• Bersiaplah menghadapi kemungkinan terjadinya gempa-gempa susulan. Dan berdoa agar terhindar dari bencana yang lebih parah.
3. Tsunami
Tsunami adalah ombak besar yang terjadi setelah peristiwa gempa bumi, gempa laut, gunung berapi meletus, atau hantaman meteor di laut.
Bencana tsunami dapat diprediksi oleh berbagai institusi seismologi di berbagai penjuru dunia dan proses terjadinya tsunami dapat dimonitor melalui satelit. Dengan diterapkannya sistem peringatan dini (early warning system), diharapkan masyarakat dapat melakukan evakuasi dengan cepat bila terjadi bencana tsunami.
Beberapa langkah dalam antisipasi dari bencana tsunami:
a. Jika kamu sedang berada di pinggir laut atau dekat sungai, segera berlari sekuat-kuatnya ke tempat yang lebih tinggi. Jika memungkinkan, berlarilah menuju bukit yang terdekat.
b. Jika situasi memungkinkan, pergilah ke tempat evakuasi yang sudah ditentukan.
c. Jika situasi tidak memungkinkan untuk melakukan tindakan No.2, carilah bangunan bertingkat yang bertulang baja (ferroconcrete building), gunakan tangga darurat untuk sampai ke lantai yang paling atas (sedikitnya sampai ke lantai 3).
d. Jika situasi memungkinkan, pakai jaket hujan dan pastikan tangan kamu bebas dan tidak membawa apa-apa.


4. Taufan /Puting beliung
Taufan adalah suatu gangguan pada atmosfera suatu planet, terutama yang mempengaruhi permukaannya serta menunjukkan cuaca buruk. Taufan dapat ditandai dengan angin yang kencang (Taufan angin), petir dan kilat (Taufan guruh), curahan lebat misalnya es (Taufan es) atau angin yang membawa suatu zat melalui atmosfera (seperti Taufan pasir, Taufan salju, dll).
Taufan dapat menyebabkan runtuhnya bangunan, menenggelamkan kapal serta menumbangkan pohon, tiang listrik, menara dan lain sebagainya.
Beberapa macam Taufan yang perlu diketahui, diantaranya:
a. Tornado
Tornado merupakan Taufan angin yang sangat kencang dengan kelajuan 300-500 km/jam sehingga dapat menghancurkan benda-benda yang dilaluinya, baik di darat maupun di laut. Tornado dicirikan sebagai awan corong gelap membentuk gerakan spiral, bergantung pada awan cumulonimbus.

b. Taufan tropika(Siklon tropika)
Siklon tropika adalah Taufan sirkuler yang menimbulkan angin kencang mampu merusakkan daerah sekitar 250 mil dari pusatnya. Siklon tropis menyebabkan kerusakan terutama oleh angin kencang, gelombang badai dan hujan lebat. Gelombang badai adalah naiknya permukaan laut sepanjang pantai secara cepat karena angin menggerakkannya ke pantai.

Sebutan siklon tropika bergantung pada lokasi kejadian. Di Atlantik dan Pasifik disebut hurricane, di Pasifik Barat disebut typhoon, di Australia disebut Willy. Setiap tahun muncul 80-100 siklon tropis, nama siklon tropis umumnya menggunakan nama-nama gadis, seperti: Anna, Carol, Debbie, Inez, Fiona, Wenda dan sebagainya.
c. Thunderstorm (Taufan guruh)
Thunderstorm adalah hujan badai disertai kilat dan halilintar. Kejadian ini adalah khas di daerah tropis pada musim pancaroba, terutama pada masa peralihan musim kemarau memasuki musim penghujan.
Thunderstorm (Badai guruh) merupakan suatu fenomena fisis atmosfer yang sering terjadi di Indonesia. Fenomena ini dapat menimbulkan korban jiwa akibat sengatan listrik pada waktu terjadi petir. Gejala terjadinya thundersorm adalah angin yang kencang disertai hujan yang deras kadang-kadang disertai hujan es, kilat dan halilintar.
Bencana alam badai dapat dipelajari dan diamati sehingga jika gejala awal dapat diamati dengan baik maka gejala utama dapat diantisipasi dengan demikian pertanyaan kapan, dimana, berapa besar dan berapa lama dapat dijawab. Hal ini mampu mengurangi jumlah korban akibat bencana tersebut.

5. Banjir
Hujan lebat yang terjadi secara terus menerus mengakibatkan sungai tidak mampu lagi menampung air dalam jumlah yang banyak. Air sungai kemudian akan meluap dan membentuk genangan air yang disebut banjir.
Air sungai dapat meluap karena wilayah yang menjadi resapan air sudah berkurang. Meluapnya air sungai dapat terjadi akibat adanya penyumbatan aliran pada sungai tersebut.
Penyumbatan aliran sungai terjadi akibat perbuatan manusia. Pembuangan sampah ke sungai akan menyebabkan aliran sungai tidak lancar. Banyaknya bahan-bahan endapan yang ada di sungai juga dapat menghambat aliran sungai.
Bencana banjir disebabkan oleh buruknya sistem cuaca. Faktor meteorologis utama yang menyebabkan bencana banjir adalah hujan lebat, distribusi hujan dan durasi hujan. Faktor lain yang penting adalah sifat fisis permukaan tanah. Siklon tropis dapat mempengaruhi sistem cuaca di Indonesia, terutama peningkatan jumlah awan, curah hujan, angin, dan gelombang laut.
Penyebab bencana banjir yang terjadi karena ulah manusia adalah penggundulan hutan. Hutan yang gundul menyebabkan tanah tidak dapat menyerap dan menahan air bila terjadi hujan secara terus menerus, akibatnya air mengalir menggerus tanah yang dapat menyebabkan terjadinya bencana tanah longsor.
Banyak daerah di Indonesia, tanahnya mempunyai daya serapan air yang buruk, atau jumlah curah hujan melebihi kemampuan tanah untuk menyerap air. Ketika hujan turun, yang kadang terjadi adalah banjir secara tiba-tiba yang disebut banjir bandang.
Untuk mengantisipasi bencana banjir banyak hal yang harus dilakukan, diantaranya adalah :
a. membersihkan saluran air dari sampah yang dapat menyumbat aliran air sehingga menyebabkan terjadinya banjir.
b. mengorek sungai-sungai dari endapan-endapan untuk menambah daya tampung air.
c. membangun rute-rute drainase alternatif (kanal-kanal sungai baru, sistem-sistem pipa) sehingga dapat mencegah beban yang berlebihan terhadap sungai.
d. tidak mendirikan bangunan pada wilayah (area) yang menjadi daerah lokasi penyerapan air.
e. tidak menebangi pohon-pohon di hutan, karena hutan yang gundul akan sulit menyerap air, sehingga jika terjadi hujan lebat secara terus menerus air tidak dapat diserap secara langsung oleh tanah bahkan akan menggerus tanah, hal ini pula dapat menyebabkan tanah longsor.
f. membuat tembok-tembok penahan dan tanggul-tanggul di sepanjang sungai, tembok-tembok laut di sepanjang pantai-pantai dapat menjaga tingkat ketinggian air agar tidak masuk ke dalam daratan.


6. Tanah runtuh
Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
• hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
• Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
• gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
• letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
• gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
• berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
• Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
• pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.

Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya.
Sama juga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.
runtuhan salji menyerupai dari segi mekanisma dengan tanah runtuh dan membabitkan sejumlah besar air batu, salji dan batu yang jatuh dengan pantas dari sisi gunung. Biasanya air batu terkumpul di tubir (cornices) atau di atas lapisan salji lemah, menimbulkan bahaya runtuhan salji.











LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU-ISU ALAM SEKITAR

Langkah-langkah Mengatasi Jerebu dan Pencemaran Udara.
(a) Pembenihan Awan
Akibat daripada fenomena El-nino,cuaca kering dan kemarau telah melanda Negara. Oleh yang demikian kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering suhu awan menjadi tinggi,titisan air menjadi ringan dan tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan . Oleh itu, iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais Kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan apabila cair akibat suhu bmi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.
(b) Kempen Hijau
Kerajaan juga perlu menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di pusat membeli-belah. Pokok-pokok hijau membantu menyerap karbon dioksida di udara. Ini akan mengurangkan keadaan yang kurang selesa di udara.

(c) Mengurangkan Penggunaan Penyaman udara dan Kenderaan Bermotor.
Penggunaan alat Penyaman Udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap semasa memandu, Selain itu, kita juga boleh menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor ditengah panas juga boleh mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor.
(d) Kempen Kongsi Kereta.
Kita boleh berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang malah salah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar. Selain itu,penggunaan basikal, kenderaan awam ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk pemuliharaan alam sekitar daripada tercemar.
Langkah-langkah mengatasi pencemaran Air
(a)Menyediakan Tangki Takungan Bawah Tanah Yang Dirawat
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha Negara menjadikan Malaysia sebagai Pusat Bioteknologi Rawatan Air. Pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke sistem perparitan
(b) Menambahkah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah
Hasil tinjauan mendapati bahawa pengurusan yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga di peringkat majlis pembandaran yang menyebabkan sampah-sarap bertaburan di merata tempat. Oleh itu,di peringkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira.Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.Hal ini disebabkan pembuangan smapah sarap di kawasan sungai mahupun laut.

(c) Pemasangan Perangkap Sampah
Untuk mengatasi sampah-sarap dialirkan oleh sungai melalui longkang,adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.
(d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala
Untuk memastikan supaya sampah-sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelengaraan berkala perlu dilakukan iatu 1 kali atau 2 kali sebulan.Dengan cara ini maka sampah-sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekaligus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama sungai
.

Langkah-langkah mengatasi Banjir kilat
(a)Memperbaiki dan menyelenggara sistem perparitan
Pihak kerajaan tempatan(PBT) perlu mewujukan satu pelan induk sebagai rujukan kepada penyediaan sistem perparitan yang lebih cekap dan sistematik serta bagi tujuan pembangunan bandar yang berterusan. Sebarang projek pembangunan memerlukan perancangan dan kajian terperinci di saping kelulusan EIA. Pihak berkenaan jiuga perlu memastikan perparitan seperti longkang ,parit,dan sungai diselenggara dan dibersihkan secara berskala dan berterusan.
(b)Mendalamkan dan melebarkan system perparitan
Kerja-kerja melebar,mendalam dan meluruskan sungai,longkang,dan parit perlu dilakukan. Ini bagi menampung kapasiti air larian permukaan yang semakin meningkat kesan kadar susupan air bawah tanah yang rendah akibat kekurangan permukaan yang dapat menyerap air.
(c)Melalui tindakan undang-undang.
Tindakan tegas seperti denda atau penjara yang setimpal kepada penduduk bandar,pengusaha kedai makan,pekilang dan sebagainya yang membuang sampah sarap serta bahan buangan kedalam sistem perparitan dengan sewenang-wenangnya. Pihak kerajaan tempatan dan JAS perlu melakukan rondan dan pemantauan yang berkesan terhadap sikap tidak bertanggungjawab ini.
(d)Menghijaukan bandar
Kawasan bandar perlu ditanam lebih banyak tumbuh-tumbuhan hijau sebagai langkah mengawal banjir dan mengurangkan kadar larian air permukaan disamping menyederhanakan suhu dibandar. Pihak kerajaan tempatan perlu mengurangkan permukaan berturap dengan membina medan atau laluan yang ditutupi rumput. Konsep bandar dalam taman atau bandar lestari perlu diterapkan di bandar-bandar lama atau baru.
(e)Kempen kesedaran
Kempen melindungi alam sekitar amat digalakkan. Antaranya ialah kempen Kitar Semula, Bumi Hijau, Sahabat Alam dan sebagainya. Kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta yang menyertai program ini. Dalam kempen ini, para peserta akan diajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan cara menguruskan sisa buangan supaya tidak mencemarkan alam sekitar. Selain itu kempen kitar semula dapat menggalakkan penggunaan untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar. Secara tidak langsung peserta akan belajar untuk berjimat-cermat. Sahabat Alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya.

Langkah-langkah mengatasi Pemanasan Global
(a)Penggunaan bahan alternatif menggantikan CFC.
Penggunaan bahan CFC dalam gas penyejuk dan industri membuat computer,membuat foam plastic,dan ubat nyamuk yang menggunakan aerosol digantikan dengan bahan berasaskan air. CFC yang digunakan dalam membuat alat penyaman udara digantikan dengan helium.
(b) Melalui persidangan atau forum antarabangsa
Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu telah mengadakan persidangan bagi membincangkan langkah-langkah untuk melindungi lapisan ozon. Antara persidangan yang telah diadakan adalah seperti konvokesyen Vienna ,Austria (1985),protokol montreal pertama (1987),dan protokol montreal ke 3di Copenhagen,Denmark(1992). Persidangan ini membincangkan kesan penipisan lapisan ozon yang berlaku di antartika dan mendesak pengurangan kajian penyelidikan di situ.
(c)Mengekalkan kawasan hutan sebagai hutan simpan.
Masalah penyahutanan yang berleluasa di negara-negara maju dan membangun untuk tujuan perindustrian,pertanian,dan petempatan menyebabkan berlakunya pemanasan global. Negara-negara diseluruh dunia perlu mewartakan sebanyak mungkin kawasan hutan sebagai kawasan hutan simpan dan taman negara dalam mengekalkan kelembapan suhu bumi. Masayarakat juga perlu mengahayati Hari bumi iaitu pada 22 april setiap tahun.
(d)Kesedaran dikalangan pengguna
Masyarakat pengguna perlu diberikan kesedaran dan pendidikan tentang penggunaan bahan CFC. Masyarakat digalakkan mengurangkan bahan CFC dalam kehidupan harian mereka seperti peti sejuk,penghawa dingin,aerosol dam minyak wangi. Antara langkah yang boleh diambil oleh pengguna ialah tidak membeli tomato dan strawberi yang disembur dengan pestisied methyl bromide.

Langkah-langkah mengatasi Pulau haba Bandar
(a)Penanaman semula tumbuhan hijau
Penghijauan semula kawasan bandar penting dalam menyerdehanakan suhu kawasan bandar. Bandar-bandar utama perlu memperbanyakkan lagi kawasan hijau di bandar bagi meningkatkan kadar sejat peluhan dan juga proses fotosintesis. Ini dapat dapat dilaksanakan melalui pendekatan Bandar dalam Taman dan juga pembangunan lestari.
(b)Kawalan penggunaan bahan api.
Kawalan penggunaan bahan api dilakukan melalaui kempen berkongsi kereta dan penggugnaan perkhidmatan kenderaan awam seperti LRT,komuter,bas,dan sebagainya. Bagi pihak industri ,pemasangan cerombong penapis asap amat penting bagi mengatasi pembebasan bahan pencemar ke udara. Selain itu,bahan api mesra alam seperti petrol tanpa plumbum ,gas.dan juga tenaga alternative yang lain seperti tenaga solar,tenaga ombak, dan sebagainya perlu ditingkatkan.
(C)Perancangan bandar
Bagi mengatasi kesesakan atau lambakan manusia ,kenderaan,industri,dan bangunan dikawasan bandar,kerajaan perlu mengadakan perancangan bandar yang teliti. Melalui perancangan bandar,pemindahan lokasi industri perlu diserakkan ke kawasan luar bandar supaya tidak menjejaskan kestabilan suhu bandar. Penggunaan bahan binaan juga perlu di ubah ,selain susur atur bangunan yang perlu dirancang. Melalui perancangan bandar yang baik ,masalah migrasi ke bandar dapat diatasi. Ini dapat dilakukan melalui pemindahan lokasi industri dan industri pendidikan tinggi keluar dari kawasan bandar.
(e)Memperbanyakkan kawasan air dalam bandar.
Perwujudan lebih banyak badan air seperti tasik,kolam,pancutan air,dan taman tema akan membantu mempertingkatkan kelembapan bandingan dikawasan bandar. Hal ini mampu menyerdehanakan suhu dikawasan bandar.
Langkah-langkah Lain Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar.
(a) Penggunaan Teknologi Moden.
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pecemaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contoh, tanpa teknologi moden adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepe-pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastic dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh di ubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah-sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya teknologi moden penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden, jentera-jentera dan mesin-mesin dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
(b) Pendidikan Alam Sekitar melalui Kurikulum
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah Negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggunjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Ini kerana pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran kepada seseorang individu ,dia akan sedar betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang perlu dikekalkan. Contohnya pada peringkat sekolah rendah,murid-murid diperkenalkan dengan matapelajaran kajian tempatan . Seterusnya peringkat sekolah menengah, pelajar diperkenalkan matapelajaran geografi dan seterusnya pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran


(c) Pameran Pencemaran Alam
Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini boleh merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan langkah-langkah mengurangkan kadar pencemaran. Bahan-bahan seperti carta,poster dan keratan surat khabar boleh dipamerkan. Selain itu pita video dan slaid-slaid yang berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.
(d) Kempen Melindungi Alam Sekitar
Kempen melindungi alam sekitar amat digalakkan. Antaranya ialah kempen Cintailah Sungai kita, kempen Kitar Semula, Bumi Hijau, Sahabat Alam dan sebagainya. Kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta yang menyertai program ini. Dalam kempen ini, para peserta akan diajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan cara menguruskan sisa buangan supaya tidak mencemarkan alam sekitar. Selain itu kempen kitar semula dapat menggalakkan penggunaan untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar. Secara tidak langsung peserta akan belajar untuk berjimat-cermat. Sahabat Alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Kempen Cintailah Sungai telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.
Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini boleh merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan langkah-langkah mengurangkan kadar pencemaran. Bahan-bahan seperti carta,poster dan keratan surat khabar boleh dipamerkan. Selain itu pita video dan slaid-slaid yang berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.


(e)Pertandingan
Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar. Dengan mengadakan kuiz ,peserta akan cuba memahami tentang definisi pencemaran. Selain itu, pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah di galakkan. Ini bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja malah kepada orang ramai juga.Selain itu pertandingan menulis esai san sajak juga member kesedaran kepada orang ramai.

(f)Media massa
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu,dengan adanya pendadahan media massa tentang isu pencemaran ,masyarakat akan berhati-hati dalam mengatasi masalah pencemaran. Hal ini demikian kerana media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran iaitu majalah dan surat khabar.

(g) Kawalan Undang-Undang
Kesan Alam sekitar atau Environmental Impact Assessment(EIA) memainkan peranan penting dalam mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti pembangunan. EIA juga cuba mengelakkan berlakunya pembelanjaan kos yang amat tinggi daripada kecuaian menangani projek pembangunan. Apabila sesuatu aktiviti disenaraikan,pemaju hendaklah menyediakan dan menyerahkan sesuatu laporan kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan laporan berkenaan hendaklah mengandungi penilaian tentang kesan aktiviti berkenaan terhadap alam sekitar dan langkah-langkah mengatasi. Selepas Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar membaca,meneliti dan memeriksa laporan yang dikemukakan pemaju,Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar berhak meluluskan atau tidak meluluskan laporan berkenaan.Dengan adanya EIA, Pihak pemaju tidak boleh sesuka hati melakukan aktiviti pembangunan tanpa kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar.

Kesimpulan
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.













SUMBER RUJUKAN

Akhbar utusan 2006
Tajulddin Muhamad,1997.Pemuliharaan Alam Sekitar.
http://lupus.northern.edu:90/natsource/earth/Earthq1.htm
http://en.wikipedia.org/wiki//Acid_rain

Rosnah Haji saleh BA(Hons),Dip Ed

Berita Harian, 2 September 2009.

Dewan Kosmik ,November 2008
ABSTRAK


Pengetahuan asas tentang alam sekitar perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat khususnya para pelajar di sekolah. Guru memainkan peranan penting dalam menerapkan pengetahuan dan seterusnya meningkatkan kesedaran alam sekitar. Sebuah modul pengajaran bertajuk Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan Hujan Tropika telah dihasilkan dalam usaha membantu para guru mengajar Pendidikan Alam Sekitar dengan lebih berkesan. Satu kajian telah dijalankan bertujuan menilai kefahaman guru-guru terhadap modul tersebut serta membuat analisis mengenai tahap pengetahuan dan kesedaran di kalangan guru-guru. Ia juga meliputi hubungan signifikan antara tahap pengetahuan dengan faktor latar belakang akademik. 12 buah sekolah menengah di daerah Gombak menjadi lokasi kajian yang terdiri daripada 133 responden dari pelbagai latar belakang akademik. Kaedah kajian adalah berdasarkan modul pengajaran dan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan adalah tinggi (peratus betul >75%), sedangkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan faktor latar belakang akademik (p>0.05). Manakala tahap kesedaran guru-guru terhadap alam sekitar adalah sederhana (M = 3.396, SP = 0.941) dan kefahaman guru-guru terhadap modul dari aspek teks (M = 3.419, SP = 0.816), aktiviti (M = 3.382, SP = 0.973) dan secara keseluruhan (M = 3.427, SP = 0.820) juga adalah sederhana. Sebagai rumusan, walaupun tahap pengetahuan di kalangan guru-guru adalah tinggi, namun demikian tahap kefahaman mereka terhadap alam sekitar masih sederhana dan menyebabkan tahap kesedaran guru-guru masih tidak memuaskan.