Saturday, December 31, 2011

New Blog....bukan new la..kulit baru...

Simple2 je kan senang..hahahahaha...anyway blog yg berkulit baru..ok la jugak kan....Dari yg berserabut langsung....lebih begini dari berserabut..Aiyooooo nk exam lagi mau berblog..Apedaaa...xpe2 kurangkan tekanan katenya la kan..ok..jom stdy balik

Thursday, December 29, 2011

korban cuti semester+HARI PENUH PENGHAYATAN

AsSalamualaikum.....lama xmengadap blog ni......now stdy week..lagi tggl jumaat,sabtu ahad n then isnin..selasa aku dah start final exam. Lepas ni cuti n rest dlm chinese new year n sambung bersama tesis ku. Supervisor aku suruh relax dulu utk fokus pada final,tapi aku tetap takut..aisshh mana xtakut xstart lagi..harap2 dia byk membantu...aku korbankan cuti sem aku utk tesis ku. Tak dapat bayangkan bergelumang dgn tesis ku nanti tatkala org lain bergumbira,xpe asal senang di kemudian hari kan. Harap2 berjalan dgn lancar semuanya. Harapan amat tgggi agar aku dpt further utk master plak..amin2.....

Berbalik kepada tajuk entry hari penuh penghayatan..hari yg aku tempuhi skrg penuh penghayatan dan perlu lebih matang dari sebelum ini. Ianya banyak membantu aku penuhi sifat matang dlm diri cewahhhhhhh..padahal umur nk masuk 23 dah pon tirah oiii...hahahhaahaa.koya je lebih. XPela atleast sedar diri dah nk masuk 23 tahun dah. eXAM aku akan start 3 hb n abis 19 hb...Sangat2 mencabar utk sem ini..xpe2..utk sem depan 3 subek sahaja...bersusah dahulu bersenang2 kemudian.NOW gudluck utk diri sendiri...esok sambung stdy lagi okeyhh!!!...aja2!!fighting!!!!

Friday, December 23, 2011

FINAL EXAM & BEAUTIFUL DAY~~~


Lame dah xberblog...lame sangat2...rindu pada ruangan ni..pagi2 ni bangun bukak laptop tanpa mandi trus menaip..maybe rase rindu pada ruangan ini,,hehhe...AKU BEGITU SIBUK dengan assgmnt..fieldwrk..report,assgmnt yg xputus2...alhamdulilah semuanya selesai....

Minggu stdy week sudah bermula..xsangka aku dah berada di tahun akhir....hehehhe...prangai cam budak..tringat plak pada bulan lepas lepak t umah my cousin(kak nor) ade kwn dia kat umah dia..kwn dia tnya aku..umur brape..maybe sbb aku ngn nurul dok sebok nyanyi lagu doremon..dia xjangka umur kitorang dah 22...hahahhah ..igtkan kitorang 19 atau 20...prangai cam budak2 kot..

Bebalik pada tajuk entry ni..soo mggu stdy week pon dah bermula..exam aku start 3 hb hinggalah 19 hb....cuba buat yg terbaik.. abiskan exam dgn cemerlang n then start tesis pada cuti semester ini..huhuhu....tesis....oh tesis......
Abis exam cuti chinese new year seminggu kat klantan...ade majlis kat kg....semoga smuanya berjalan dgn lancar..harap2 smuanya ok...begitu mengharapkan smuanya berjalan dgn baik dan sempurna..harapan yg begitu tinggi...selepas majlis itu selesai...aku akan ceritakan smuanya...apakah majlis yg BEAUTIFUL DAY ITU...hahahhaahaha..jeng2....


sekadar gamba hiasan...hahhahahahaah






anyway...good luck TO all my friends especially to Geography student...good luck...semoga yg indah dtg kembali kpd kita...ALLAH menjanjikan kpd sesiapa yg berusaha....

Wednesday, June 8, 2011

cabaran 30 hari VCO......


yes....cabaran utk vco utk diri sendiri sdg bermula..Vco adalah VIRGIN COCONUT OIL ...skrg aku cube softgel vco ni utk ilangkan parut2 jerawat....mulai arini sehingga lah ari ke 30..nk tgk kesan nya...sbb byk dah testimoni yg aku bace bagus kegunaan vco utk luar dan dalam..aku guna utk kurangkan jerawat aku yg riang ria bertumbuh di muker..haisshh geram..so arini first day..n aku akan tgk sampai la hari ke 30..caiyok2...kena konfiden n yakin mnggunakannya..thanks utk my sweet frenz yg tlg order....thanks...

Saturday, May 21, 2011

::::nape aku lambat tahu???:::





smlm aku xbukak pon blog..ari ni aku bukak blog..baru aku tahu yg salah seorang blogger telah kembali ke rahmatullah...aku slalu gak bace blog si arwah...so skrg tiada lagi hasil tulisannya yg aku dpt bace lagi.......

ni blog dia....







semoga arwah dicucuri rahmat..ajal maut smua ditangan allah...tidak kira tua muda..si arwah ni pon masih muda...so jangan igt org tua2 je "pergi" awal...same2 la kita sedekahkan al-fatihah..










Wednesday, May 18, 2011

Damasutra

Antara Sutra dan Bulan

Dan selembut bak sehalus sutra
Desiran angin terasa
Dan rembulan menatap riang
Ke wajah malam asyiknya

Di antara sutra dan bulan
Terlihat wajahmu kasih
Sedang merenungku
Dalam dilema rindu
(Pasrah cintaku)

Di antara lembut dan halus
Engkau bisikkan sesuati
Di antara engkau dan aku
Masih kau pendam rahsia

Mengapa antara kita
Engkau masih berahsia masih
Sedangkan aku
Engkau biarkan lesu

Ketuk bukalah pintu
Atau jendela waktu
Buka pintu kasihmu
Agar kasih bertemu
Restulah hulurkan tanganmu

Kasih aku merayu
Kasih usah membisu
Kasih aku menunggu
Tanpa ku rasa jemu





:::0hhh AARON AZIZ kU...:::::



OHHHH...Aaron aziz ku........hihihihi...aku suka dia ni,smart n macho..hahahha..skrg tiap2 petang aku akan layan slot akasia kat tv3 tiap ari isnin hingga khamis. Kalu pkol 7 aku akan terpacak la depan tv..hahahha..semata2 nk tgk NORA ELENA.Ni slot akasia yg tgh hot2 kat tv3.Lagi2 aaron aziz yg berakon.Citer ni adaptasi dari sebuah novel.Tapi biasa la kan,mesti ade yg lain dari novel sebenar kan. Mcm citer lagenda budak setan la,ade yg lain skit jalan citenya kan. so kalu nk tahu ade lain ke x..kita kna tgk la citer ni..





gewe lamo....hahhaha





kalu korang prasan heroin citer Nora elena ni ade jadi model dalam iklan air buah dlm tv.




ni hero n heroin dalam Nora Elena





::::setiap isnin hingga khamis pkol 7 tau::::




apsal ko smart sgt..hahhaha







Ni sedikit sedikit sinopsis novel nya...Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha


Sepuluh tahun yang tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba - tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru..Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang - bayang yang tidak dapat dipegang."Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua," tegas SethTapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasa kerana kasihnya yang suci! Benarkah?Lelaki adalah nafas itu dan wanita adalah nadi jiwa...saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling dan menerima.Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.



nak tahu kesudahan citer ni...kna tgk ari2 la...aku pon xsabar nk tggu..slot arini si nora ngn saiful idham dah break n cancel engagement diorang.Perghh sedih..n then end utk slot arini si seth a.k.a aaron aziz tu nk apply utk jadi penggantin lelaki sbb si emak elena dah masuk wad gara2 terkejut pertunangan anak diorg dibatalkan dgn keadaan persiapan perkahwinan yg telah selesai smuanya...so nantikan esok plak sambungan..kalu aku jadi elena sanggup jer...pergghh macho kot si aaron..hahahaaahah...ape2 pon tgguu esok....


**************

Tuesday, May 17, 2011

:::Mental::::


Sejak akhir2 ni kalau kita bukak tv msti ade je berita tntng kejadian bunuh2..dan yg pastinya mereka daripada golongan yg menghidapi penyakit mental..so aku google la skit utk info penyakt ini..

PENYAKIT MENTAL

Penyakit mental adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit mental. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi tahap keterukannya, jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.

Akibat dari salah faham mengenai penyakit mental, pesakit dan keluarga mereka kadang-kadang dicemuh dan disisih dalam masyarakat.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan ;

  • Penyakit-penyakit psikosis.

  • Penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis)

Penyakit Psikosis

Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu di tahap teruk ini. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa”. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.

Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna.

Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

Penyakit-penyakit Bukan Psikosis

Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis).

Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.

RAWATAN UTAMA PENYAKIT MENTAL

Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu.

Rawatan-rawatan Utama Yang Selalu Digunakan

Psikoterapi dan kaunseling

Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu.

Rawatan psikotropik

Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Rawatan tingkahlaku

Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

Rawatan elektrokonvulsif

Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius.


aku pon xtahu nk describe ape utk pakcik ni..korang describe la sendirik ye..hahahhaa

Monday, May 16, 2011

:::Internet Blue:::

Haaaaaaaaaaaa.....pelik kan name entry ni...ni sbb gara2 nk pkai shawl ala2 hana tajima la ni.Aku NI nk try la plak pkai tudung ala2 hana tajima..so aku try la google cara-cara pakai cara ni...so aku google la......

aku mulakan dengan cara-cara.........ni la hasilnya..emmmmmphhhhhhhhhhh!!!!!!



so aku try lagi cara-cara pakai plak...........emmmmmmmpphhhh!!!!!!!!hampeh...


last2 baru la.................hermmmmmmmmmmmmm...alhamdulilah....






lucah tol..har..har..har..har......haissssssssshhh..abis kotor pikiran ku yg suci ini..har..har...



:::AMIR AKHIRNYA KELUAR::::


Biarpon dah lame amir kuar biar la aku tulis gak entry psl dia..aku tgk dia buat lawak aku raso macam nk sepak je dia pkai kasut bot safety yg turun site punyer,satu lagi dah la org kelantan.... malu aku yg juga berdarah kelantan,satu jer sedikit ucapan aku utk beliau...

*mu kea wak malu aku jah amir...buat lawok oghe xpehe......
*pahtu aku pom xtahu mu ni manusio ko bewok...xdop prasae....oghe xsuko mu igt oghe dok suko...
*satu lagi suko sebut2 im soryy...kea aku sekeh palo baru la aku plopp sebuk im sorry amir..hahaha
*lagi satu aku pom here la gano mu sebelum ni penah tercalon jadi finalist raja lawak..aku pon xpehe...
*so agi mu kea aku tengok kalu dop atah pentas kecik besa..kecik besa...mato kelip pah..kelip pah jah......satu lagi akhir kato aku amir...mu meme hebak guno pendekatan wak malu diri sendiri..

ape2 pon selamat maju jayo amir...hanya tggl lagenda....chaloooo!!!!!!!

:::Discus2 gambo wedding with future sister in law:::

Suatu ptg nan indah......indah la gak....dah lama aku xupdate blog kan...Aku bz sket lagipon xde hape yg nk tulis ..now aku dlm cuti sem shingga bulan 9 ni,lama tu.Rindu aku pada bumi UKM hanya terbuku di dalam dada..cewahh..sejak bila pula dah pandai rindu kat ukm slama ni x pon..hahahhaha...biasala kalu dah cuti mula la rindu.Masuk sem baru aku dah masuk final year..so dok pk2 gak psl tesis...tesis oh tesis....huhuhu...Berbalik pada tajuk entry ni,dlm cuti sem ni gak aku bakal mndapat sister in law sekaligus merangkap kawan aku.(nanti la aku buat entry pasal sister in law aku a.k.a kwn aku)Nak jadikan cerita smlm ari ahad,so dia cuti,smlm gak aku ngn dia berdiscuss psl gamba wedding dia,aku suggest la kwn aku sbgai photographer diorg,bincang punyer bincang dari pantai pelindung hinggalah ke pantai teLuk chempedak (TC).Jauh berdiskusi....biasala nk dapat harga yg baik punyer....alhamdulilah smuanya ok smua....psl kwn aku yg jurugambar ni name dia farhan a.k.a paan,smua hasil gamba dia aku xpnh kecewa,smuanya perfect...harap2 hasilnya for the wedding is perfect dan arap2 abg aku dan future sister in law aku berpuas hati.......and............ni la antara gambar sesaje2 ambik ptg smlm..huhuhuhuhuhu




ni bakal kak iporr ni(yg pkai jeans)....huhuhu






ni hakuuu..hahhaha




sesaje2..hahahah










ni saje je nk flashback balik gambo time tunang dulu

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

smua gambo2 nya bakal ditayangkan..tapi lambat la lagi.....pas raya okeyhhh..
sekian..............



Friday, April 22, 2011

SAPE KO UNTUK CAKAP BUKAN-BUKAN KAT ORANG LAIN??

Aaaaalahaiiii nasib badan ,ntah la manusia ni suke cakap bukan2,padahal dia sape nk ckp bukan2 kat manusia lain. Walaupon salah seorang manusia itu,xwajar kita sebagai manusia juga melontarkan kata2 yg kesat pada org lain.Ape yg diamalkan kita ituah peribadi kita. Semarah mane pon kita,ataupon emosi yg tidak stabil kita perlu berfikir sebelum kuarkan perkataan yg xsewajar nya. Kita manusia dan org yg menerima nya pon manusia.

Dari sudut pandangan lain..ape yg kita amalkan selalu akan menjadi amalan kita....bg yg selalu ckp bukan2 pada org lain....dia akan rase biasa sbb kata2 itu la yg dia selalu amalkan..sebagai cnth amalan menyumpah2,bercakap dengan nada tggi atau ape2 pon..disebabkan amalan seperti ni la dia akan bawa kemana2 pon ,macam penulisan kita pon melambangkan diri kita..percakapan ataupon amalan kita pon melambangkan peribadi kita...latar belakang keluarga kita...Ape2 pon yg kita buat pikirlah kita ni manusia dan yg kita nk bercakap tu pon manusia,bukan binatang. Layan lah sebagai manusia.

Setiap amalan yg kita selalu amalkan akan jadi sebati dlm diri,tidak heranlah ade sesetangah org sanggup mengeluarkan kata2 yg xsepatutnya pd rakan sendiri kerana dia sememangnya selalu menggunkan kata2 kesat begitu. Jauh disudut hati aku,amalan yg mcm ni la yg diamalkan akan jadi amalan dan automatik menjadi lambang peribadi diri. Sebagai contoh,kalau kita dah terbiasa bergaduh dgn menggunakan kata2 kesat,xmustahil pad rakan2 sendiri perkataan itu akan keluar,begitu juga dengan bercakap dengan ibu bapa sendiri,tak mustahil akan berkelakuan sama.

Tetapi aku sebagai manusia bagi aku...
SAPE KO UNTUK CAKAP BUKAN2 KAT ORANG LAIN??? DAN ko sape nk cakap macam tu kat aku???tapi aku pasti dan yakin....percakapan,penulisan kita melambangkan peribadi kita. Cantik la bahasa cantiklah peribadi kita. Cantiklah penulisan kita cantiklah peribadi kita. Jangan jadi ,sperti ini muka xcantik mane pon, peribadi dan akhlak plak hancur,bertambah2 la buruk. Biar xcantik tapi peribadi kita cantik..

Ingatlah kelakuan,percakapan,penulisan kita melambangkan peribadi..

Saturday, March 19, 2011

:::...cara nk ajar budak skolah yg kurang berdisplin:::

kesalahan yg biasa budak2 skolah buat ..cam biasa la....monteng kelas...conteng dinding skolah...lawan cakap cikgu...buli kawan2..hahahha byk lagi....aku terpikir sedikit advice la nk ajar cara handle bebudak cam ni....kalau lah aku seorang guru...

monteng kelas
kalau budak2 yg suka sangat monteng kelas kan,senang jer,aku akan buat kelas tambahan kat bebudak yg mcm ni..tp aku akan ajar diorg kat padang skolah..aku dok bwh pokok..hahahah..ajar dari jarak jauh..cam PJJ..pelajaran jarak jauh...cam aku kna time skolah dulu..time kat luar kls jerk...time waktu fizik dulu,,tapi tu bukan sbb pnteng tu sbb slh jwb soklan...lps tu budak2 ni kna byr duit lebih la...hahaha...
conteng dinding tandas or ape2 dinding
suh cat semula dinding pastu suh wat lawa2 dari dinding asal....paksa jugak budak2 ni buat design2 yg cam kat skolah yg ade tulis rukun negara kat dinding..demand skit...hahaaha...pstu suh beliau2 yg slalu buat hal sapu cat kat muker lps abis dinding2 tu dicat...muahahhahaha

lawan cakap cikgu
bagi budak2 yg suka meninggi suara kat cikgu..kuang haja ngn cikgu2 kat skolah....senang je....tahan je bdk2 abis skolah..suh dia berlatih vokal.or teater..hahahha..suh budak2 ni g latihan tiap2 ptg...bila ade pertandingan suh diorg masuk...voal kan da bagus....hahahha..rasekannn

buli kawan2
kalau yg suka buli kawan2..tgk jer diorg belawan sampai lebam2...tgk jerrr...dah teruk sgt masukkan je kat wad trus...biar dia rase ngn nurse2 yg garang kat wad...








"tula penting english education"


p/s:nk minx KPLI kalu ade rezeki lps degree....muahahahaa..abis smua student kalu aku jadi cikgu

Tuesday, February 15, 2011

.::Pesanan BuAt DiRi::..

Berhati2 memberi hati...kerana jika kau mmberi selamanya dia di hatimu......berkali2 kau melupakan..selama itu dia masih dihati.....begitu kuat kau ingin melupakannnya selama itu juga hatimu dihatinya...jika dia pergi meninggalkan mu selama itu juga hatimu dibawa pergi bersama...selama itu juga hatimu tiada dihatimu sendiri...selama itu juga kau perlu mengambil masa utk memulihkan diri mu sendiri seperti sedia kala...selama itu juga dia tetap di hatimu....tiada perubahan...yang tinggal hanya kesengsaraan...mengenang dan mengenang...selama itu juga dia dihatimu....jika sudah lama dia di hatimu..selama itu juga utk kau melupakannya........jika bertahun2 hatimu ada hati padanya...berganda2 perasaan itu utk mengambil masa utk melupakannya..tapi sampai bila?..sampai bila dia di hatimu...hatimu di ambil olehnya...sampai bila dia mahu memulangkan semula...sampai bila dia tetap dihatimu....mungkin utk selamanya jka tiada pemulangan yg berlaku...oh hatiiiiiii......sampai bila dia tetap dihatimu...yg hanya tinggal .....kenangan...mengenang dan mengenang....tapi begitu payah meninggalkan dan mmbuang segala yg ada dihati..yg pasti dia tetap dhatimu...sedangkan hatimu dia mmbawa pergi tanpa memulangan semula..kembalikan hati itu...dan ambilah hatimu ini semula kerana hatimu berada dihati ini sejak dahulu sehingga kini....dan tiada siapa yg mahu membantu mmbuang dia dihati mu...mengapa??mungkin ini dikatakan cinta yg terlalu banyak memikirkan diri org lain..tidak mahu digelar pentingkan diri sendiri ...tidak mahu dicop sebagai pemecahan benteng sebuah persahabatan...renungan difikirkan...keputusan dibuat..tapi...SELAMA ITU JUGA DIA DIHATIMU KINI........kamu dikatakan bermacam2..kamu dikatakan oleh insan yg berada dihatimu sebagai org yg teruk..dan dia mengatakan yg dia tidak menyangka kamu bersikap begitu..sgguh sakit perit tiada yg dpt mengetahui selain hatimu yg masih dia dihati...pelik tapi itu sebuah kenyataan yg dia tetap dhati....kenangan sebagai peneman...zikir sebagai ubat penenang jiwa....solat sebagai rawatan utk jiwa...dan selama itu juga dia dihati.......seolah seperti tumbuhan yg mmpunyai akar yg kuat mencengkam tanah...seperti itu juga dia kuat mencengkam dihati...istimewanya dirimu..tiada siapa yg dpt tahu kecuali hati yg masih ada kamu dihati...istimewanya dirimu hanya diri mengetahui...istimewanya dirimu hanya hati yg masih dia yg mengetahui..istimewanya diri tidak beerti kamu sempurna sepenuhnya tetapi kamu lain dari segalanya....mungkin faktor itu itu dia dihatimu...mungkin sebab itu payah mmbuang dia di hatimu...ku berpesan pada hati.......tiada yg dpt mmbuang dia dihati selain ALLAH YG MAHA ESA...ku meminta biarkan segalanya begini kerana selama itu dia dihatiku..selama itu ku dpt mengenang segala yg manis yg kami lalui dahulu...air mata sebagai peneman tatkala hatimu ada dihatiku....biar ku sakit mengenang tetapi itu sudah cukup belajar merinduimu...mungkin kah ini balasan diatas pengabaian dan tidak menghargai dia selama ini...tetapi tidak bermakna hati ini tidak menyayangi,tida menyintai dia...jika itu takdirnya ku redha...jika diberi peluang yg sekian kalinya ku ingin membahagiakannya ibarat membawa dia tinggi jauh dikayangan...ingin membahagiakannya dunia akhirat,,ini janji ku jika peluang itu diberikan lagi...tapi mustahil...kerana mungkin kini hatinya sekeras kerikil....dan hati ku kini selembut tisu..... berhati2 memberi hati...kerana jika kau memberi selamanya dia di hatimu......berkali2 kau melupakan..selama itu dia masih dihati...buat insan yg banyak mengajar erti sebuah kehidupan.......semoga dia dpt menunaikan umrah dengan hati yang tenang dan jiwa yg kuat...semoga segalanya berubah setelah dia pulang ke tanah air.........

Wednesday, January 26, 2011

..::BiLA bULAN bERwaRNA biRU::..

Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar
Mengilap mata yang lama kabur

Derita perlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu agak pendita

Berkilau sinar
Maya yang menderu
Membakar bahu musafir
Di lembah duka nestapa

Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai
Di belantara sepi

Merayu pada yang maha esa
Agar dikurnia cahaya
Cinta kekal selama

Ku sepi...

Monday, January 24, 2011

..::jenjalan-jenjalan::.

hanya gamba sahaja dlm entri ini..huuhhhuhhhu






ni kat nilai...cari bunge telor cousin aku..





ni onthway ke jalan tar cari tudung....






Wednesday, January 19, 2011

..:::malas suda::..

hakhakhak..keh keh ke keh...aku suda malas nk update blog..kalu aku idea nanti aku update....

Tuesday, January 18, 2011

..::ungu::..

Cinta Dalam Hati

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

Friday, January 7, 2011

One_@thirah: cerita dolu2...jom flash back....

One_@thirah: cerita dolu2...jom flash back....: "MASE TADIKA.. Aku lima beradik..aku ni the only gurl la dlm family aku.Aku ade dua org abg yg agak sengal la dolu2...time kecik2 dolu.Sebag..."

cerita dolu2...jom flash back....

MASE TADIKA..

Aku lima beradik..aku ni the only gurl la dlm family aku.Aku ade dua org abg yg agak sengal la dolu2...time kecik2 dolu.Sebagai sorang gurl je dlm family aku,,aku ni rase cam teramat la bosan,ade abg pon sengal..time aku tadika ni aku igt lagi peristiwa sengal2 ubi yg aku kna dolu time aku tadika dulu. Rutin harian ku,pagi2 mama siapkan aku g tadika,abg aku yg dua org lagi pon same siap utk kesekolah rendah,mase tu abg aku yg sulung drjah 3 dan abg aku no dua dlm darjah dua.Tiap kali lps sekolah kitorang dijemput oleh mama aku.so ade la satu hari ini pas aku dan abg2 aku blk sekolah ,abg aku no 2 buat khemah tipu2 guner kusyen kerusi,pastu abg aku yg sulung kuarkan mainan askar yg kecik2.


khemah kusyen cenggini la..buat kubu la kunun2..


ni mainan yg abah aku beli.xcukup sekor msti aku yg kna tuduh.cekadak tol!!


***************
lepas abg2 aku wat kuar mainan askar2 diorg..diorg pon start nk main..aku dgn muke innocent dan suci lagi murni dtg dekat ngn abg2 aku..."kakak nk main juga boleh".(dlm family aku dipggil kakak)..abg sulung aku jawab .."mane boleh kakak kan ppuan"..aku pon jwb.."nape kakak xleyh main?" ....abg sulung aku ni jenis caring psl adik2 dia...jadi dia ckp elok2 ngn aku...tapi tiba2 abg aku no dua ckp.."boleh kalau kakak nak main"...aku pon tersenyum gumbira .."yeke bg main"...aku mcm xcaye..sbb abg aku no2 ni suka sgt pedajal aku...tapi cam pelik dia baik time tu..pastu dia ckp.."ko boleh main tapi ko kna jadi RAKSASA..pastu aku jadi askar ko kna buat2 mati bila aku tembak tau..kalu x..ko xyah main!!"...celakat tol...ade ke suh aku jadi raksasa..aku pon lari nangis g dapur cari mama aku.Esoknya aku sorok dia punyer sekor askar..hahahha bila dia kire xcukup..aku xngaku..KEH..KEH..KEH....Gaduh adik bradik xkan lama..
AIR DICINCANG XKAN PUTUS....


..:::kena tag lagi::..



kalu korang seorang penggemar shawl ...ni aku nk bg tahu korang ade byk sbb aku nk bgtahu info yg benar kpd pggemar shawl..sbbnya trdpt dibawah ini..

  1. korang tahu x?? sbb nya selalu melambak2 notifications org tag kat aku gambar shawl..
  2. selalu penuh gamba org tag2...tensen...
  3. psl aku jeles tgk org buat bisness(hahahahah)
  4. aku rase nk buat bisness gak..(tapi tgh pk2 gak skrg ni..income blom masyuukk)
************************
buat pengetahuan korang...ni aku nk bgtahu sedikit info la..at least dgr2 la...maka di harap org jual shawl xtag2 lagi kat aku...sbb shawl yg dijual on9 smuanya mahal bganda2..(especially yg dok KL)...xyah la korang nk beli on9..sbb ni aku nk bgtahu sesuatu..korang pegi je masjid india kat sana smua murah2 shawl... kalu yg dijual on9 2 kali ganda harganya...kalu yg duk luar dari KL xdpt la nak kata ape...korang beli je la 0n9 kan...so ape lagi beli kat masjid india je la....okey..ini utk mengelakkan org tag gambar kat aku lagi.....
so disini aku ingin bgtahu beli la kat masjid india...supaya xlagi org tag kat aku....
sbb nya aku suh korang beli kat masjid india ialah harga kat sane lagi murah..xsmpai la dua ploh hinggit mcm yg korang beli on9.kadang seploh hinggit jer...

sekadar gambar hiasan




mai2 beli..

p/s:selalu org tag aku smpai penuh wall aku...
aku juga minat shawl..kadang2 kecewa ngn harga scr on9 yg terlalu mahal.

Thursday, January 6, 2011

..:: pengajaran buat si kaloi ku::..









aku teringat mase aku blk umah cuti sem yg lepas2...kat umah aku ade satu akuarium..xla besar mane...mama aku ade la bela sekor ikan kaloi..warna putih..ntah la ambik kat mana aku pon xigt..kirenya dlm akuarium tu dia sekor la konker..aku xambik tahu sgt psl ikan ni..aku xsuke bela2 ikan..sebelum ni kat umah aku xderk bela2 binatang ni

*****************
nak dijadikan cerita...mama aku ade ckp la " mama rase cam kosong la akuarium mama nk beli ikan emas la nk tambah dalam akuarium tuh"..aku pon xkisah...bia la...aku pon rase kosong gak..jadinya mama aku pon beli la ikan emas n then letak dalam akuarium tu...

*****************
lepas kejadian beli membeli ikan emas tu...ikan kaloi yg dlm akuarium tu cam bertindak ganaz nk seakan kejam terhadap kawan barunya si ikan emas..mama aku prasan ..yg ikan kaloi tu asyik kejar2 je ikan emas tu..aku jawab la "dia main keja2 kot ma"...hhihihi..ntah la aku pon xtahu..

semakin hari semakin ganaz ikan kaloi mama aku ni terhadap kedua2 ekor ikan emas...xsuke agaknya ade haiwan lain dlm akuarium tu...herm...mmg 18GG la ikan kaloi ni..ade la satu ketika tu mama aku perasan yg enjin akurium cam ade bnda tersekat..mama aku pon pegi la tgk..rupenye ekor si ikan emas tu tersedut oleh penyedut habuk akuarium lalu mati seekor deMi seekor...herm...ni smua angkara si ikan kaloi 18GG ..kata mama aku lagi ni smua sbb ikan kaloi keja2 ikan emas smpai la ikan emas tu lari ke tmpt sedut habuk tu...

akibat dari kejadian itu...mama aku xbeli lagi mana2 ikan utk di letakkan ke dlm akuarium itu...dan hari kejadian yg si kaloi 18GG tu buat prangai mama aku xbg makan palet kat dia bb marah..mama aku ckp nk aja skit dia tu..hahahha.......
***********************

sejak aritu...kaloi xbuat lagi perangai dia yg 18 GG
Dia dah rajin kemas umah
dah rajin masak
dah xtinggal semayang
dan xtnggal lagi pose
haaaaaaaaa..yg ni aku tipu..
keh..keh...keh...



p/s:perbendaharaaan kata ..18GG :18 tahun keatas Ganas Giler..sekian.

..:: mulut longkang::..

arini 6 hb....aissshh bengang seyhh....ade la sorang mamat ni..dah tunjuk mulut longkang kat aku ngn kawan aku...saba je la..aku ni sebagai ppuan yg sopan santun...dan tanpa segan silu mendengar ucapan nya yg berbaur longkang kepadaku....perggggggggghhhhhhhh..saba2....aku ni mujur la jenis penyabar..mls la nk lawan2...aku dengar je la mulut longkang dia tuh....sedih yg teramat sangat bila si mulut longkang berkata begitu kepadaku(skema dgn hati yg terhiris.)hermm...mulut longkang tol...ade lagi erkk mulut lelaki cam mulut longkang camtu...xsangka mulut lelaki ni lagi bisa dari ppuan..terhina aku si mulut longkang punyer pasal..
aku ni jenis byk senyap jer kalu org buat cenggitu....sabar...moga2 dia cpt2 sedar mulut dia tu bau LONGKANGGG!!





..::sambungan ceritera Cinta::..



Tuesday, January 4, 2011

..::ceritera Cinta::..

Ini kisah benar....

waktu di awal percintaan...kurASAKAN begitu indah sekali...kurase dunia AKU YANG PUNYA...sape yg punya???AKU YANG PUNYA.....(hihihihi)...smua begitu indah sekali...kurase seakan bahagia yg teramat sgt....



seakan dunia ini aku beli guna duit JPA aku..bertapa bahagianya....
TETAPI...sejak si dia bekerja dan bergelar seorang engineer....mase terhadapku begitu terhad sekali...sibuk di tmpt kerja katanya...xpela..utk mase depan jugak kan..


mase berlalu dgn pantas ..kami dah nak masuk 2 tahu dah pon..... atas kesabaran ku......



perlulah sentiasa memahami setiap ape yg dia lakukan adalah kemestiaan ku..tetapi diri ku siapa yg perlu memahami????????


hanya mampu berdoa dalam setiap nafas ku.......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................