Thursday, December 29, 2011

korban cuti semester+HARI PENUH PENGHAYATAN

AsSalamualaikum.....lama xmengadap blog ni......now stdy week..lagi tggl jumaat,sabtu ahad n then isnin..selasa aku dah start final exam. Lepas ni cuti n rest dlm chinese new year n sambung bersama tesis ku. Supervisor aku suruh relax dulu utk fokus pada final,tapi aku tetap takut..aisshh mana xtakut xstart lagi..harap2 dia byk membantu...aku korbankan cuti sem aku utk tesis ku. Tak dapat bayangkan bergelumang dgn tesis ku nanti tatkala org lain bergumbira,xpe asal senang di kemudian hari kan. Harap2 berjalan dgn lancar semuanya. Harapan amat tgggi agar aku dpt further utk master plak..amin2.....

Berbalik kepada tajuk entry hari penuh penghayatan..hari yg aku tempuhi skrg penuh penghayatan dan perlu lebih matang dari sebelum ini. Ianya banyak membantu aku penuhi sifat matang dlm diri cewahhhhhhh..padahal umur nk masuk 23 dah pon tirah oiii...hahahhaahaa.koya je lebih. XPela atleast sedar diri dah nk masuk 23 tahun dah. eXAM aku akan start 3 hb n abis 19 hb...Sangat2 mencabar utk sem ini..xpe2..utk sem depan 3 subek sahaja...bersusah dahulu bersenang2 kemudian.NOW gudluck utk diri sendiri...esok sambung stdy lagi okeyhh!!!...aja2!!fighting!!!!

Friday, December 23, 2011

FINAL EXAM & BEAUTIFUL DAY~~~


Lame dah xberblog...lame sangat2...rindu pada ruangan ni..pagi2 ni bangun bukak laptop tanpa mandi trus menaip..maybe rase rindu pada ruangan ini,,hehhe...AKU BEGITU SIBUK dengan assgmnt..fieldwrk..report,assgmnt yg xputus2...alhamdulilah semuanya selesai....

Minggu stdy week sudah bermula..xsangka aku dah berada di tahun akhir....hehehhe...prangai cam budak..tringat plak pada bulan lepas lepak t umah my cousin(kak nor) ade kwn dia kat umah dia..kwn dia tnya aku..umur brape..maybe sbb aku ngn nurul dok sebok nyanyi lagu doremon..dia xjangka umur kitorang dah 22...hahahhah ..igtkan kitorang 19 atau 20...prangai cam budak2 kot..

Bebalik pada tajuk entry ni..soo mggu stdy week pon dah bermula..exam aku start 3 hb hinggalah 19 hb....cuba buat yg terbaik.. abiskan exam dgn cemerlang n then start tesis pada cuti semester ini..huhuhu....tesis....oh tesis......
Abis exam cuti chinese new year seminggu kat klantan...ade majlis kat kg....semoga smuanya berjalan dgn lancar..harap2 smuanya ok...begitu mengharapkan smuanya berjalan dgn baik dan sempurna..harapan yg begitu tinggi...selepas majlis itu selesai...aku akan ceritakan smuanya...apakah majlis yg BEAUTIFUL DAY ITU...hahahhaahaha..jeng2....


sekadar gamba hiasan...hahhahahahaah






anyway...good luck TO all my friends especially to Geography student...good luck...semoga yg indah dtg kembali kpd kita...ALLAH menjanjikan kpd sesiapa yg berusaha....

Wednesday, June 8, 2011

cabaran 30 hari VCO......


yes....cabaran utk vco utk diri sendiri sdg bermula..Vco adalah VIRGIN COCONUT OIL ...skrg aku cube softgel vco ni utk ilangkan parut2 jerawat....mulai arini sehingga lah ari ke 30..nk tgk kesan nya...sbb byk dah testimoni yg aku bace bagus kegunaan vco utk luar dan dalam..aku guna utk kurangkan jerawat aku yg riang ria bertumbuh di muker..haisshh geram..so arini first day..n aku akan tgk sampai la hari ke 30..caiyok2...kena konfiden n yakin mnggunakannya..thanks utk my sweet frenz yg tlg order....thanks...

Saturday, May 21, 2011

::::nape aku lambat tahu???:::





smlm aku xbukak pon blog..ari ni aku bukak blog..baru aku tahu yg salah seorang blogger telah kembali ke rahmatullah...aku slalu gak bace blog si arwah...so skrg tiada lagi hasil tulisannya yg aku dpt bace lagi.......

ni blog dia....







semoga arwah dicucuri rahmat..ajal maut smua ditangan allah...tidak kira tua muda..si arwah ni pon masih muda...so jangan igt org tua2 je "pergi" awal...same2 la kita sedekahkan al-fatihah..










Wednesday, May 18, 2011

Damasutra

Antara Sutra dan Bulan

Dan selembut bak sehalus sutra
Desiran angin terasa
Dan rembulan menatap riang
Ke wajah malam asyiknya

Di antara sutra dan bulan
Terlihat wajahmu kasih
Sedang merenungku
Dalam dilema rindu
(Pasrah cintaku)

Di antara lembut dan halus
Engkau bisikkan sesuati
Di antara engkau dan aku
Masih kau pendam rahsia

Mengapa antara kita
Engkau masih berahsia masih
Sedangkan aku
Engkau biarkan lesu

Ketuk bukalah pintu
Atau jendela waktu
Buka pintu kasihmu
Agar kasih bertemu
Restulah hulurkan tanganmu

Kasih aku merayu
Kasih usah membisu
Kasih aku menunggu
Tanpa ku rasa jemu





:::0hhh AARON AZIZ kU...:::::



OHHHH...Aaron aziz ku........hihihihi...aku suka dia ni,smart n macho..hahahha..skrg tiap2 petang aku akan layan slot akasia kat tv3 tiap ari isnin hingga khamis. Kalu pkol 7 aku akan terpacak la depan tv..hahahha..semata2 nk tgk NORA ELENA.Ni slot akasia yg tgh hot2 kat tv3.Lagi2 aaron aziz yg berakon.Citer ni adaptasi dari sebuah novel.Tapi biasa la kan,mesti ade yg lain dari novel sebenar kan. Mcm citer lagenda budak setan la,ade yg lain skit jalan citenya kan. so kalu nk tahu ade lain ke x..kita kna tgk la citer ni..





gewe lamo....hahhaha





kalu korang prasan heroin citer Nora elena ni ade jadi model dalam iklan air buah dlm tv.




ni hero n heroin dalam Nora Elena





::::setiap isnin hingga khamis pkol 7 tau::::




apsal ko smart sgt..hahhaha







Ni sedikit sedikit sinopsis novel nya...Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha


Sepuluh tahun yang tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba - tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru..Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang - bayang yang tidak dapat dipegang."Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua," tegas SethTapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasa kerana kasihnya yang suci! Benarkah?Lelaki adalah nafas itu dan wanita adalah nadi jiwa...saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling dan menerima.Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.



nak tahu kesudahan citer ni...kna tgk ari2 la...aku pon xsabar nk tggu..slot arini si nora ngn saiful idham dah break n cancel engagement diorang.Perghh sedih..n then end utk slot arini si seth a.k.a aaron aziz tu nk apply utk jadi penggantin lelaki sbb si emak elena dah masuk wad gara2 terkejut pertunangan anak diorg dibatalkan dgn keadaan persiapan perkahwinan yg telah selesai smuanya...so nantikan esok plak sambungan..kalu aku jadi elena sanggup jer...pergghh macho kot si aaron..hahahaaahah...ape2 pon tgguu esok....


**************

Tuesday, May 17, 2011

:::Mental::::


Sejak akhir2 ni kalau kita bukak tv msti ade je berita tntng kejadian bunuh2..dan yg pastinya mereka daripada golongan yg menghidapi penyakit mental..so aku google la skit utk info penyakt ini..

PENYAKIT MENTAL

Penyakit mental adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit mental. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi tahap keterukannya, jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.

Akibat dari salah faham mengenai penyakit mental, pesakit dan keluarga mereka kadang-kadang dicemuh dan disisih dalam masyarakat.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan ;

  • Penyakit-penyakit psikosis.

  • Penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis)

Penyakit Psikosis

Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu di tahap teruk ini. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa”. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.

Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna.

Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

Penyakit-penyakit Bukan Psikosis

Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis).

Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.

RAWATAN UTAMA PENYAKIT MENTAL

Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu.

Rawatan-rawatan Utama Yang Selalu Digunakan

Psikoterapi dan kaunseling

Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu.

Rawatan psikotropik

Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Rawatan tingkahlaku

Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

Rawatan elektrokonvulsif

Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius.


aku pon xtahu nk describe ape utk pakcik ni..korang describe la sendirik ye..hahahhaa